Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin untuk menyekat anggota majlis kerja tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dari menulis dan mendakwa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada dua darjat.
Keputusan itu dibuat hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril dalam permohonan ‘inter parte injuction’ yang difailkan Mahiaddin terhadap Puad.
“Alhamdulillah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan “inter parte injuction” oleh TS Muhyiddin Yassin terhadap saya.
“Ini bermakna mulai hari ini saya bebas untuk menulis atau bercakap isu “antara dua darjat” dalam perlaksanaan PKP,” tulis Puad dalam facebook beliau.
Menurut Puad, isu itu adalah antara punca beliau disaman sebanyak RM10 Juta oleh Mahiaddin sebelum ini.
Bagi Puad, memang benar kenapa ada perbezaan tempoh kuarantin antara rakyat biasa (7 hari) dengan Menteri yang baru balik dari luar negara (3 hari).
“COVID-19 tidak mengenal darjat. Saya baru balik dari umrah dan kena kuarantin 7 hari. Apa ada masalah. Hentikan amalan antara dua darjat. Tahniah team Peguam saya,” tulis beliau.
Menurut Bernama, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Puad untuk mengetepikan injunksi interim sebelah pihak (ex-parte) bagi menghalang beliau daripada menerbitkan semula kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebooknya berhubung perintah kuarantin membabitkan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Namun, Hakim Mohd Firuz turut menolak permohonan Muhyiddin untuk melanjutkan injunksi diperoleh beliau pada 1 Mac sementara menunggu pelupusan saman fitnahnya terhadap Mohd Puad, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
Peguam DP Naban dan Rosli Dahlan mewakili Muhyiddin manakala G. Rajasingam dan Shahrul Fazli Kamarulzaman hadir bagi pihak Mohd Puad.