Kipas cepat berhabuk? Sembur je campuran ni, ‘confirm’ habuk tak melekat sangat

Oleh MAISARAH AISYA

Mesti mak-mak risau betul kalau ada tetamu nak bertandang, kipas pula sekejap sahaja dah berhabuk, lap banyak kali masih sama.

Tapi itulah habuk ni bukan nampak di mata, tahu-tahu je dah melekat dekat kipas dan ada dekat atas meja.

Ikuti perkongsian Facebook ‘Saja Viral‘ mengenai cara untuk buat semburan agar habuk tak senang melekat di kipas.

Tip buat semburan DIY

Bahan-bahan:

Air

Pelembut kain (tak kisah jenama)

Cuka (optional, nak letak atau tak bukan satu masalah.

Cara-cara:

1. Campurkan air dan pelembut kain ke dalam botol ‘spray’, pastikan nisbah antara satu sama lain adalah sama.

2. Gaulkan keduanya biar sebati dan kalau ada cuka di rumah boleh sahaja masukkan, kalau tak ada bukan satu masalaj.

3. Semburkan campuran tadi ke bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan ia selama lima minit dan lap dengan kain lembab.

5. Keringkan dan siap!

Baca juga: Wanita bakar motosikal tak puas kena tarik sebak, buat pengakuan bersalah di mahkamah