Sebagai ibu bapa pastinya kita mahu anak-anak patuh akan ajaran agama dan bimbing mereka dalam mempelajarinyaRat lebih dalam.
Buat wanita yang dilahirkan dalam agama Kristian ini, dia keliru mahu sedih atau bangga apabila anaknya khusyuk mendengar laungan azan.
Menerusi TikTok, @mamiyzio, anaknya itu mula menangis selepas wanita tersebut menutup azan yang dimainkan dan kembali senyap apabila dia memasang semula.
“Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya. Kita Kristian dik,” ujarnya di video tersebut.
Rata-rata warganet menganggap ia adalah kuasa tuhan apabila melihat kanak-kanak tersebut, mungkin ia adalah cara Alah menyampaikan hidayah.
“Ketika roh bayi akan ditiupkan ke kandungan ibu, bayi itu bersaksi kepada Allah SWT sebagai tuhannya.
“MashaAllah, semoga Allah memberi hidayah kepada dia dan keluarga.
“Harusnya senang bund (ibu)… sebab hakikatnya anak-anak adalah manusia yang masih suci dan rohnya masih terhubung kuat dengan tuhan,” antara komen warganet.
Hidayah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk, semoga yang baik-baik sahaja buat anak dan si ibu ini.
Baca juga: Tuan rumah melampau, berani buat benda tak senonoh dalam bilik penyewa yang keluar bekerja