“Kita tak ada duit tapi kali ini ada kuasa”- Pengundi atas pagar perlu baca pesanan ini jika masih tidak mahu mengundi

Oleh KIM SYAZIE

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pengundi atas pagar adalah king maker yang akan menentukan gabungan parti mana bakal membentuk kerajaan baharu.

Kemajuan dan masa depan negara terletak di tangan lebih 12.6 juta pengundi atas pagar dan pengundi muda berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Bagaimanapun menjelang hari pengundian, banyak ketidakpuasan hati dibangkitkan ekoran pembubaran Parlimen ketika musim banjir yang dijangka berlaku di beberapa buah negeri.

Mereka kebanyakannya memberi bayangan tidak akan keluar mengundi disebabkan kemarahan terhadap keputusan kerajaan yang dianggap menyusahkan.

“Saya malas nak mengundi, semua parti politik sama sahaja”

Bagi pengundi atas pagar, jika anda tidak berhasrat untuk mengundi pada PRU-15 kali ini, anda perlu mempertimbangkan pesanan yang dititipkan ini.

Sikap sambil lewa tdan mengabaikan tanggungjawab untuk mengundi sebenarnya tidak patut dibiarkan dan bagi seorang pengguna Twitter, Fitri Mn, jika mana-mana individu tidak keluar mengundi, ianya sama sahaja seperti anda membiarkan pentaksub politik menguasai negara.

“Benda mudah ja, kalau korang yang atas pagar ni tak mahu mengundi, sama macam korang dah biarkan negara ni ditentukan oleh pentaksub politik.

“Nanti apa-apa jadi janganlah salahkan kerajaan ye, masa boleh mengundi tak mahu ngundi, akhirnya ahli parti & pentaksub politik je yang tentukan kerajaan,” katanya.

Bagi pemilik akaun Xavier Naxa pula, dia menitipkan pesanan sangat ringkas yang mengingatkan bahawa mengundi adalah tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia.

“Satu pesanan kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas.

“Jalankan kewajipan sebagai pengundi walaupun anda tidak berminat dengan politik. Undi anda akan membentuk masa depan negara,” ciapnya.

Negara lebih parah jika kali ini abai tanggungjawab mengundi

Bagi adik-adik yang baca Tweet ini, percayalah korang menentukan masa hadapan…..

Baca juga: Jangan main lagi isu bubar Parlimen, nanti ramai tak mahu mengundi, ‘kamu juga yang rugi’, kata peguam

Baca juga: Lelaki dakwa keturunan Nabi, Azhar Idrus kata “setakat mari majlis Maulid Nabi, tak bagi mudarat”