Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 39 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Menurut data yang dikongsikan laman COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini sebanyak 32,239 kematian.
Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan itu, 17 orang meninggal sebelum mendapatkan rawatan di hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes BID kini sebanyak 6,540 kes.
Sementara itu, terdapat 217,782 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 204,876 individu atau 94.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,571 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).