Koma akibat ‘dibelasah’ suami, wanita sah bercerai secara fasakh

Oleh KIM SYAZIE

Hampir dua tahun digantung tidak bertali, akhirnya Jahidah Nordin sah bercerai dengan suaminya, Rosmaini Abdul Rauf secara fasakh.

Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam membenarkan permohonan fasakh yang dikemukan pada 1 Februari lalu.

Terlantar koma setelah dipukul suaminya, Jahidah diwakili adiknya, Fauziah Nordin sebagai penjaga ad litem.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor meluluskan tuntutan fasakh itu setelah berpuas hati dengan keterangan bertulis oleh Fauziah.

Mahkamah melantik Fauziah sebagai penjaga berikutan Jahidah tidak mempunyai keupayaan untuk hadir sendiri ke mahkamah.

“Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dah tunggu lama (tuntutan fasakh) kakak. Memang tak sangka mahkamah buat keputusan hari ini.

Baca Artikel Penuh