Kongsi gambar sebelum dan selepas buka tudung, isteri Haqiem Rusli dikecam letak kapsyen “sebab boleh dik”

Oleh KIM SYAZIE

Sebelum ini isteri kepada isteri penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Wan Anis Sofea menjadi bualan di media sosial selepas keputusannya untuk tidak lagi bertudung.

Malah beberapa gambar “free hair” yang dikongsi selepas itu, mengundang sindiran sinis netizen yang menganggap gadis 21 tahun itu tidak pandai berdandan.

Terbaru, selepas sepi seketika dari kecaman, Anis Sofea dihujani komentar kurang sedap apabila didakwa memuat naik kapsyen yang seolah berbangga dengan tindakannya tidak lagi mengenakan hijab

Anis dilaporkan memuat naik gambar ketika dia dan rakannya masih bertudung, dan gambar selepas kedua-dua mereka tidak lagi bertudung dengan kapsyen berbunyi;

“Sebab boleh dik”

Dia bagaimanapun menyunting semula keterangan di gambar yang dimuat naik ke Instagram.

“Sebab boleh? Islam memang mudah, tetapi ini betul-betul ambik mudah punya orang,” tulis seorang netizen.

“Biar muka pecah, janji tutup aurat. Dari cantik, tapi langgar hukum Allah,” tulis seorang lagi netizen.”

‘Done edit caption’ (selesai sunting),” tulis netizen lain yang menyindir tindakannya menukar kapsyen di gambar itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai luahan Haqiem yang sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

Baca juga: Ada aset RM1.7 juta tapi duduk rumah usang? Lembaga zakat akhirnya bongkar, wanita tua ini rupanya…