Konopi rosak teruk sebab ribut, netizen bingung peniaga salahkan DBKL

Oleh ROSLAN ZAMAN

Semalam hampir 45 khemah bazar Aidilfitri milik peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) rosak teruk akibat dari ribut yang melanda kawasan Kuala Lumpur.

Rakaman video yang tular di tiktok menunjukkan beberapa barang jualan peniaga di kawasan itu kebanyakkannya mengalami kerosakan sehingga ada peniaga yang menangis mengenangkan barang mereka.

@zainonjohan 11 ramadhan 2025: Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi, dimana hati nurani @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurun kan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri. Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA @Dr Zaliha Mustafa #fyp #dbkl ♬ suara asli – 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮シ

Ada juga peniaga yang mengamuk memarahi Dewan bandaraya Kuala Lumpur kerana beranggapan khemah peniaga rosak teruk berpunca dari DBKL yang salah menyusun atur kedudukan khemah.

Peniaga juga menuntut ganti rugi dari DBKL dan mahu mereka bertanggungjawab di atas segala kerosakan barang jualan peniaga.

Malah ada yang mengatakan DBKL tidak membantu mereka, sekadar melihat kemusnahan yang berlaku.

Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan mengapa DBKL dipersalahkan kerana ribut adalah bencana alam.

“enko kak, bencana alam pun nak salahkan DBKL. Nama pun vencana takde siapa tau ni ribut petir ke banjir ke..bila dah bernig ni kena faham la tak semu hari untung je..”, kata seorang netizen.

“Kau untung kau ada share dengan DBKL? tapi rugi ko nak suruh DBKL tanggung..wah banyak cantik kitorang bayar cukai last last duit cukai kena bagi duit dekat peniaga”

khemah

Sebaik sahaja kejadian ini berlaku, pihak DBKL dengan pantasnya menggantikan semula khemah peniaga yang teruk terjejas dengan menggunakan khemah simpanan oleh penaja, lapor sinar harian.

baca: Banjir patut sedarkan SPRM, DBKL