Kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tidak disambung

Oleh ROSLAN ZAMAN

Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (Felda) dalam kenyataan medianya sebentar tadi mengumumkan penamatan tugas Pengerusinya Dato Seri Ahmad Shabery Cheek berkuatkuasa pada 30 Jun 2025.

FELDA dalam kenyataannya menyampaikan penghargaan kepada Shabery atas usaha beliau yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak-anak syarikat terutama dalam mempercepatkan penyahsenarian FGV Holdings Berhad.

Sebelum ini, Ahmad Shabery dilantik sebagai pengerusi Felda pada julai 2023.