Isu wanita keluar rumah tanpa izin suami sering kali menjadi isu besar di media sosial namun tergamak seorang individu memukul isteri hingga parah disebabkan hal tersebut.
Lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh.
Tertuduh See Yong Fei mengaku bersalah membelasah isteri hingga cedera parah di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman lapor Harian Metro.
Mengikut pertuduhan lelaki berusia 36 tahunitu didakwa dengan sengaja menyebabkan isterinya yang berusia 39 tahun cedera parah.
Tertuduh dilaporkan menumbuk tangan serta menendang belakang badan sehingga patah di beberapa bahagian anggota badan.
Susulan itu dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Menurut fakta kes, tertuduh berang kerana isterinya keluar rumah tanpa izin untuk ke pasar bagi membeli sayur.
Selepas dibelasah hingga cedera parah, mangsa dikung di rumah sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan menghubungi rakannya.
Pengadu kemudian di bawa ke balai polis untuk membuat laporan sebelum mendapatkan rawatn di Hospital Melaka.
Peguam Kelvinder Singh Sidhu memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan tertuduh menyara lima anak kecil, bekerja sebagai kontraktor dengan pendapatan RM3,000 sebulan, menjaga bapa uzur, dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Mangsa juga dimaklumkan tidak lagi tinggal bersama. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari bermula hari ini dan denda RM6,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.
Baca juga: Kanak-kanak didakwa dipaksa jadi ‘katak’, kelaparan sampai minta makanan pengunjung di Pantai Remis