“Korang ada kerja tetap, kenapa tamak”- Individu tak puas hati periuk nasi diganggu ‘rider part-time’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang penghantar makanan meluahkan rasa kecewa apabila periuk nasi mereka sebagai pekerja sepenuh masa, diganggu oleh ‘rider part-time’ yang dianggap tamak.

Menerusi perkongsian di laman kumpulan GrabFood Rider Malaysia, individu yang tidak berpuas hati itu meminta golongan rider separuh masa ini berundur dan memberi ruang kepada rider sepenuh masa untuk mencari pendapatan.

Ini kerana, lambakan rider separuh masa telah mengganggu periuk nasi mereka.

“Kepada rider part time, korang dah ada kerja tetap, gaji tetap setiap bulan. Ada polis, tentera dan swasta, tak payah tamak.

“Bagilah rezeki Grab ini kat rider cari makan sepenuh masa, yang tak ada kerja tetap mungkin disebabkan faktor usia, kesihatan atau anak-anak yang belum ada kerja tetap.

“Kenapa perlu tamak? Sedangkan rezeki korang dah ada tetap setiap bulan. Korang nak pakai kereta Honda ke yang pulun sakan siang kerja tetap, malam buat Grab pula,” katanya rider berkenaan

Mengetahui kenyataannya itu akan dibidas netizen, pengadu menjelaskan bahawa perkara yang dibangkitkannya itu bukan bermaksud dia tidak percaya pada rezeki setiap insan.

“Ini bukan tak percaya pada rezeki Tuhan. Tapi kalau order sejam 100, tapi rider + full time + part time ada RM200. Kau rasa?

“Tak perlulah tamak, balik kerja duduk santai-santai di rumah main dengan bini,” katanya.

Bagaimanapun, tegurannya itu dibidas netizen kerana takut pada persaingan yang sihat.

“Dia ingat kerja kerajaan itu semua gaji besar bapak agaknya. Tengok yang gaji besar ye lah sedap. Ingat gomen takde gaji kecik ke? Ada je dan ramai. Tetapi dari mengeluh baik buat part time,” komen pengguna Facebook.

Baca juga: Terasa dekat dengan cerita ‘Perempuan itu’, wanita kongsi balasan sondol suami orang