Kos sara hidup: Kerajaan rangka strategi ‘quick win solution’

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan sedang merangka strategi baharu untuk menangani isu kos sara hidup antaranya mewujudkan rantaian bekalan makanan dalam negara dengan menggalakkan aktiviti pertanian bahan mentah yang boleh menggantikan sumber import seperti cili, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, antara agensi kerajaan yang sedang merangka strategi itu sebagai ‘quick win solution’ kepada isu kos sara hidup.

“Langkah untuk jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga,” katanya pada sidang media sempena penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022, di sini hari ini.

Baca Artikel Penuh