Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan usaha untuk menukar bahan sistem pendidikan termasuk buku teks fizikal kepada digital.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying bagaimanapun berkata usaha itu agak terhad, dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid.
Usaha ini juga bergantung kepada ketersediaan capaian internet di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Walaupun ini untuk mengurangkan isu beg berat, ibu bapa bagaimanapun bimbang akan pertambahan kos untuk membeli internet bagi kegunaan di rumah.
Seorang pengguna Facebook, Rabiatul Tasliyah meminta KPM untuk mencari solusi yang lebih baik kerana pendigitalan buku teks mungkin tidak praktikal.
“KPM patut ada penyelesaian yang lebih baik untuk masalah beg berat. Pendigital buku teks tidak praktikal dan sejauh mana ia boleh di akses?
“Akhirnya ibu bapa juga yang bertambah susah dengan pelbagai kos, melainkan KPM bekal semua peranti untuk dibawa pulang dan sediakan jalur lebar di rumah.
“Kos akan tinggi dan menambahkan hutang lagi,” ujar wanita tersebut dan pada masa sama memberi solusi.
Antara solusi yang diberikan adalah supaya buku ditinggalkan di sekolah dan hanya bawa pulang buku yang ada kerja rumah sahaja.
“Kurangkan subjek yang dipelajari untuk satu hari apatah lagi setiap subjek mempunyai buku yang terlalu banyak.
“Silibus juga perlu dikaji semula, buku-buku terlalu banyak hingga jadi tak masuk akal jumlahnya,” tambahnya lagi.
Bagi mendigitalkan buku teks, ia akan memakan masa yang lebih panjang, malah jika dikira daripada sudut ekonomi pula tidak semua mampu membekalkan anak-anak dengan internet.
Baca juga: Jualan tiket JDT akan disalurkan kepada mangsa banjir di Johor