Bagi mereka yang sering melihat media sosial mesti tahu akan satu TikToker buat ‘content’ dengan meminta orang ramai untuk masak bahan disediakan olehnya.
Namun satu video tular apabila seorang pemilik kedai bersetuju untuk memasak untuknya.
Bukan setakat ikan sahaja, rempah ratus turut dibelikan seperti yang diminta wanita itu malah lelaki tersebut juga membantunya untuk memasak.
Apa yang mengejutkan orang ramai adalah kuah asam pedas dilihat terlalu cair malah ikan itu juga tidak masak sepenuhnya.
Sebelum pulang, seorang lagi peniaga meminta TikToker tersebut untuk membayar RM40 untuk masakan tersebut.
TikToker tersebut selalunya menghadiahkan makanan laut secara percuma namun selepas membuat pembayaran, dia berlalu pergi.
Rata-rata netizen mempersoal caj apa yang dikenakan tukang masak tersebut jika kebanyakan bahan sudah disediakan TikToker itu.
“Macam tu je kena ketuk RM40, sedangkan ikan dan bahan lain semua dibeli. Guna garam, gula dengan air je pun sampai kenakan caj semahal tu.
“Bagus juga video ni, Ida mengajar kita untuk tak datang kedai akak tu, lepas ni jangan kata tak ada pelanggan sebab orang dengki pula ya.
“Lauk tak masak dengan sempurna dan lebihan lauk masih ada dalam kuali, tak layak terima bayaran ya,” antara komen netizen.
Baca juga: Hilang sabar layan Gen Z sekarang, gaji bersih RM1.7k tapi nak pakai Honda RM163k