Kumpulan mahasiswa desak kerajaan kembalikan semula biasiswa

Oleh MALAYSIADATELINE

Kumpulan mahasiswa mendesa kerajaan mengembaikan semula hak mahasiswa dengan tidak mengantung pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disebabkan krisis ekonomi yang melanda hari ini.

Mahasiswa Pemuda Amanah Nasional mendesak supaya kerajaan mengembalikan hak mahasiswa untuk mendapatkan biasiswa kerana pengantungan pemberian mahasiswa di buat kerajaan ekoran kegagalan dan salah tadbir urus ekonomi negara oleh kerajaan.

Pengarah Biro Mahasiswa Pemuda Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, mahasiswa menyatakan kekesalan atas segala masalah ekonomi yang sedang melanda negara kaya seperti Malaysia.

“Kami berasa jelek apabila skandal wang berjumlah RM2.6billion boleh terlepas begitu sahaja sedangkan mangsanya ialah para generasi pewaris negara yang terpaksa digantung hak untuk menerima biasiswa.

“GST yang diimplementasi dan kononnya untuk kepentingan rakyat kebanyakkan juga masih gagal menunjukkan satu keputusan yang baik dan sebaliknya hanya menjadi beban yang menaikkan kos sara hidup rakyat.

“Kami juga ingin menzahirkan kebimbangan kami dalam isu ini agar krisis yang pernah berlaku pada tahun 1998/1999 dahulu tidak berulang apabila ramai pelajar yang dinafikan biasiswa dan akhirnya tidak dapat menyambung pelajaran ke luar negara akibat krisis ekonomi pada waktu itu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Dr Wee Ka Siong menyatakan berkenaan isu penggantungan pemberian biasiswa JPA pada mahasiswa universiti dan pra-universiti.

Justeru tegas Pemuda Amanah Nasional lagi, semakan bajet negara tidak wajar dibuat pada pemberian biasiswa sebaliknya pelbagai lagi alternatif masih tersedia seperti mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan yang dicatatkan sebagai salah satu sektor yang mendapat peruntukan yang tertinggi.

“Secara tuntasnya,kami dari Biro Mahasiswa Pemuda Amanah Nasional mendesak dengan sekeras-kerasnya supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri berhenti mempertaruhkan masa depan pelajar cemerlang yang berhak mendapatkan biasiswa.

“Sebaliknya,penstrukturan semula bajat perlulah dibuat dalam konteks yang tidak membebankan rakyat terutamanya bakal mahasiswa sama ada di dalam atau luar negara.

“Sekiranya pihak kerajaan gagal menjawab desakan ini serta terus menafikan hak biasiswa,Biro Mahasiswa Pemuda Amanah tidak teragak-agak untuk mengerahkan seluruh ahli Biro serta seluruh mahasiswa dan bakal mahasiswa untuk menyerahkan memorendum terus ke Pejabat Perdana Menteri,” ujarnya.

Bagi Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Wafiuddin Rosli berpendapat andainya krisis ekonomi dijadikan hujah, bagaimana kerajaan boleh melaburkan sebanyak RM546 juta kepada ESSCOM yang digunakan untuk pembinaan kompleks kediaman yang kononya untuk tujuan pertahanan negara.

“Jika kekurangan dana dijadikan hujah asas, walhal sebelum ini keuntungan yang diperoleh dari hasil kutipan cukai GST yang dimegah-megahkan.

“ Kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk tahun 2015 bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion. Persoalannya, kemanakah ia disalurkan? Ke kantung rakyat atau ke kantung para koruptor? Soalnya dalam satu kenyataan.

Jelas Muhammad Wafiuddin lagi, mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat RM6 ringgit dalam bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi juga akan mendapat ‘Mutiplier Effect’ yang tinggi. Pelaburan untuk pendidikan jelas menjadi pelaburan paling untung untuk jangka masa yang panjang.

“ Dalam isu ini, kerajaan wajar untuk mempertimbangkan untuk kali ketiga, selepas semakan balik (semakan kedua) bajet 2016 dilakukan kerana khuatir dan bimbang, kesilapan dalam melakukan penetapan keutamaan. Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacu negara bagi mencapai negara maju.

“Kerajaan BN tidak haruslah memberi inisiatif satu jalur semata-mata hanya kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet.