Kuota haji Malaysia tidak dipotong, mungkin ditambah – Zambry 

Oleh KIM SYAZIE

Kuota haji Malaysia tahun ini mungkin ditambah, perkara ini dikongsi Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Berita itu dikongsikan dalam kenyataan selepas hari kedua lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi bertemu Putera Faisal Farhan.

Zambry menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas keutamaan dan layanan istimewa diberikan Arab Saudi bagi urusan haji dan umrah.

“Insya-Allah, kuota (jemaah haji) kepada Malaysia tidak akan dipotong, malah ada kemungkinan besar akan ditambah lagi.

“Pihak kerajaan Arab Saudi juga menyatakan bahawa mereka amat mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat,” katanya.

Baca juga: Anak tak boleh di bin nama bapa, ibu takut jadi isu bila besar nanti