Kutipan empat hari Blood Brothers dah berjaya kalahkan kutipan Mat Kilau

Oleh KIM SYAZIE

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof pernah menjadi filem epik Melayu yang berjaya pecah panggung.

Namun siapa sangka, filem yang menjadi fenomena itu dikalahkan dengan rekod cemerlang filem Blood Brothers: Bara Naga arahan Syafiq Yusof iaitu adik kepada Syamsul.

Dalam tempoh empat hari sahaja, karya Blood Brothers yang bertemakan persaudaraan ini sudah memperoleh kutipan sebanyak RM21 juta.

Berbanding Mat Kilau, filem itu hanya mengutip RM12.2 juta dalam tempoh empat hari.

Untuk rekod, Mat Kilau menelan kos sekitar RM8 juta, manakala Blood Brothers menelanja belanja sekitar RM7 juta.

Blood Brothers yang dilabelkan sebagai filem berkualiti antarabangsa khususnya filem Hollywood mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara bermula Khamis minggu lepas.

Filem ini menampilkan lakonan hebat Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Baca juga: Dibuang kerja sebab balik seminit awal, wanita menang saman