Lada atau cili kisar antara bahan sering digunakan dalam masakan Melayu untuk menyedapkan lagi rasa makanan terutamanya bagi mereka yang makan pedas.
Tapi biasanya cili kisar ini tidak tahan lama dalam peti ais, pastinya akan muncul kulat putih di bahagian atas.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook Sis Dee menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Selalu kan lada kisar kita akan kuar putih-putih kalau lama dalam peti ais kan. Dah tak best nak masak. Kadang berair dan paling tak best bau masam.”
Petua cili/lada kisar tahan lama
1. Jangan terus simpan.
Lepas lada atau cili tersebut dikisar, jangan terus simpan.
2. Masak
Letakkan cili yang dikisar ke dalam kuali tanpa minyak dan masak ia.
3. Pastikan air dalam pes kering.
Masak hingga air dalam cili kisar kering, pastikan tutup periuk dengan penutup supaya cili tu tak terpercik ke dinding dapur.
4. Api jangan besar.
Masa masak tu pastikan guna api sederhana sahaja, jangan gunakan api besar pula. Bila warna lada dah bertukar gelap sikit, air pun tiada maka boleh matikan api.
Pastikan cili kering tersebut sering dikacau semasa memasak, takut hangit di bahagian bawah.
5. Tempat simpanan.
Lepas dah siap semua langkah di atas, makan boleh simpan ia di dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.
Baca juga: Terjerat nak terlihat kaya, lelaki menangis nak pinjam RM8k bayar hutang Alphard