“Lagu raya sekarang kurang melodi tapi ‘catchy'” – M Nasir pentingkan elemen kesyahduan

Oleh MALAYSIADATELINE

Jika dilihat zaman sekarang apa sahaja lagu dikeluarkan pastinya elemen ‘catchy’ untuk menarik generasi muda untuk memutar ia berulang kali dalam ‘playlist’ mereka.

Tahun ini banyak lagu raya dilihat lebih kepada ‘catchy’ dan tarian berbanding zaman dahulu yang lebih mendayu dan meruntun jiwa pendengar.

Disebabkan itu, penyanyi dan pencipta lagu, Datuk M Nasir melihat lagu raya kini kurang melodi dan memerlukan elemen kesyahduan lapor Utusan Malaysia.

“Lagu-lagu raya baharu kini bagi saya kurang melodi, tetapi sangat catchy, mungkin sedikit bahagian daripada lagu atau seni katanya yang catchy.

“Tetapi kalau kita nyanyikan lagu-lagu raya yang bermelodi, orang kata kita lama. Bagi saya, lagu raya kena ada elemen kesyahduan.

“Dari segi bunyi kita susah nak cakap, tetapi dari segi bahasa, kesyahduan itu yang saya maksudkan.

“Tetapi lagu raya ini ia bukan untuk bersedih atau syahdu sahaja. Untuk gembira pun iya. Kalau kita ambil contoh daripada lagu-lagu Barat, begitu juga digunakan.

“Deskriptif seni katanya itu melahirkan kesyahduan dan keheningan hari raya,” katanya sperti dipetik Utusan Malaysia.

Jelasnya apa yang penting adalah elemen tradisi perlu dimasukkan ke dalam lagu raya agar ia lebih mendapat tempat dalam hati pendengar.

“Itu sebab bila tiba hari raya, semua orang akan terasa nak balik kampung. Sebab apa? Sebab tradisi itulah. Apa sahaja yang berkaitan dengan lagu raya, ia harus ada nilai tradisi.

“Lagu-lagu raya yang bersifat moden atau tiada nilai kesyah-duan itu, saya pun tak dapat nak katakan adakah ia boleh bertahan lama sebagaimana lagu raya zaman dahulu.

“Mungkin untuk beberapa tahun, ia mampu bertahan. Tetapi saya pun tidak boleh jangka,” tambahnya.

Baca juga: Nabil Ahmad menangis kenang nasib lepas direhatkan kerja, bimbang karier berakhir