Siapa sangka Malaysi a kini berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila dalam muncul sebagai pemenang dalam pertandingan susun cawan mengalahkan Korea Selatan.
Ia dikongsikan sendiri laman Instagram Sport Stacking yang mengumumkan kemenangan Malaysia dalam pertandingan Cup Stacking di Kejohanan Sport Stacking Terbuka Asia 2024 anjuran Persatuan Sport Stacking Dunia (WSSA) baru-baru ini.
Berdasarkan info, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 487 peserta dari 11 negara, di mana pasukan Malaysia turut mencipta sejarah dengan mencatatkan masa terpantas dunia iaitu 28 saat.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna media sosial mengakui terkejut mengetahui ada pertandingan sedemikian di negara ini.
Mereka juga berbangga melihat kehandalan pasukan Malaysia dalam pertandingan menyusun cawan
“Saya seorang sahaja ke baru tahu ada pertandingan susun cawan?” tanya salah seorang pengguna IG yang diikuti dengan komentar lain yang turut senada dengan komen itu.
Baca juga: Hasil tanam pokok pisang, warga emas raih pendapatan lebih RM60,000 semusim!