Lain macam status Facebook Dr Zulkifli, bagi hint Syed Saddiq nak kahwin ke?

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli di Instagram yang mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik perhatian ramai.

Beliau seolah-olah memberi bayangan bahawa Syed Saddiq ada perkara besar yang akan dilakukan untuk kehidupan peribadinya.

“Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada janji yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen,” tulisnya.

Hantaran itu menimbulkan rasa teruja dalam kalangan peminat yang maklum ketika ini Syed Saddiq banyak dijodohkan dengan penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah.
Lebih melucukan, Dr Zulkifli juga seakan-akan mengesahkan perkara berkaitan kehidupan peribadi wakil rakyat berkenaan dengan meninggalkan komen “rasanya ramai orang Muar boleh turun bantu rewang”.

Kebelakangan ini, Syed Saddiq sering dikaitkan bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila mereka mula rapat dan sering dilihat bersama.

Syed Saddiq baru-baru ini juga memuat naik hantaran istimewa di Instagram mengenai Bella yang menyifatkan selebriti itu sebagai pejuang yang sangat rajin, serba boleh, penyayang, ikhlas dan baik hati.

Baca juga: Aliff Syukri ditawar gaji ratusan ribu ringgit untuk jawatan CEO, siap dapat elaun khas RM15,000