Masih ada individu yang akan segera melepaskan seseorang seandainya mereka tahu lelaki atau wanita tersebut sudah berkahwin.
Tapi ada juga yang terpedaya dengan segala kemewahan hingga tidak kisah seandainya diri menghancurkan rumah tangga orang lain.
Seorang wanita berkongsi bagaimana dia memilih untuk bertemu empat mata dengan isteri kepada teman lelakinya.
Kisah tersebut di ambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Sejujurnya aku bukanlah wanita yang baik, aku sedar pemakaian aku ni seksi, rambut pun warna perang, aku jumpa ramai orang hingga tersangkut dengan seorang lelaki ni.
Dia ni ada rupa, dompet pun tebal, walaupun kami jarang jumpa dia akan pastikan setiap permintaan aku dipenuhi.
Sampailah satu hari tu, kawan aku ternampak Facebook seorang wanita ni dan ada gambar teman lelaki aku kat situ.
Jadi bermulah episod aku sebagai penyiasat dan di saat itulah aku baru sedar bahawa kekasih aku tu suami dan bapa kepada dua orang anak.
Masa tu aku rasa betul-betul marah tapi aku fikir rasional dahulu, aku ambil langkah mesej isteri dia, konon aku nak ambil dia untik make up aku.
Disebabkan aku pun rasa tertipu jadi aku pilih berdepan sahaja dan aku jujur maklum dekat dia yang suami dia curang dengan aku.
Mulanya isteri dia ingat aku menipu sampailah aku tunjuk semua bukti gambar romantik kami bersama.
Masa isteri dia menangis, aku cakap bukan niat aku nak hancurkan rumah tangga mereka, aku suruh dia selesai cara baik dengan suami dia.
Walaupun aku sedar aku akan hilang bank bergerak aku, aku bersedia untuk berundur, sebab lelaki kalau sekali curang dia akan buat lagi nanti.
Jadi aku cadang nak bertemu dengan teman lelaki dan isteri dia serentak, aku mesej teman lelaki suruh datang rumah aku.
Masa tu nampak muka teman lelaki aku terkejut bila dia nampak isterinya ada sekali dalam rumah tu, dia cakap dia boleh jelaskan semua ni.
Masa isteri dia suruh buat pilihan antara aku atau isterinya dan anak-anak, siap ingatkan lelaki tersbeut tentang pengorbanan dia sebagai isteri.
Segala makanan, pakaian, sakitnya melahirkan anak-anaknya termasuklah zaman miskin mereka berdua. Suami dia masih diam.
Paling saya ingat isteri dia cakap, “Abang Allah satukan kita dalam ikatan yang sah. Sebijak manapun abang khianati saya, ingatlah yang Allah tu Maha Melihat dan kifarah itu pasti.”
Kemudian lelaki tu buat keputusan untuk pilih isteri diam, masa tu aku pun ikut menangis sebab aku pun mangsa tapi tak sanggup aku nak hancurkan hubungan orang lain.
Masa tu aku nasihat dia cukuplah aku jadi mangsa dan jangan ulang lagi perbuatan dia, minta dia hargai isteri dan anak-anak.
Lepas kejadian tu, dia tak hubungi aku langsung dah, segala akaun media sosial semua dia padam, aku pun ambil pengajaran dengan kisah ni.
Aku harap yang menyondol tolonglah sedar diri, tak guna kau hancurkan hati perempuan lain demi kebahagiaan kau, kelak satu hari nanti benda sama jadi dekat kau.
Lepaskan hak orang lain dan cari orang yang mampu setia dengan kita, kalau dari awal dia dah menipu maka dia tak pernah niat nak halalkan kau pun.
Baca juga: “Suami kalau ada resepi viral laju suruh aku masak, tapi duit tak nak keluar walau gaji besar”