Umum tahu bekas pasangan suami isteri Noh Salleh dan Mizz Nina mengambil anak angkat yang dinamakan Musa pada awal tahun lepas.
Hubungan terbina lebih sedekad akhirnya berakhir dengan penceraian pada Ogos 2022.
Menurut Kosmo, anggota kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui kehidupannya lebih sukar kini ditambah pula dengan isu perebutan anak.
Noh mendedahkan isu tersebut ketika menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya kepada sebuah portal hiburan Indonesia.
Menerusi senarai lagu pilihan yang diberikan, Noh menyebut salah satu lagu Indonesia kegemarannya ialah Manusia nyanyian David Bayu.
“Lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Noh sebelum ini mengumumkan sudah ada yang mengisi tempat di hatinya pada Mei lalu malah bakal bernikah pada September ini.
Manakala Mizz Nina sudah selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap Amerika Syarikat dikenali sebagai Essam Muhammad.
Baca juga: Bukan calang-calang suami baru Mizz Nina…jom kenali Essam, penyanyi sering terlibat dakwah