Pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu, Cico Harahap dikhabarkan semakin pulih dari masalah kesihatan yang dihidapinya.
Dikhabarkan, anak kepada penyanyi era 70-an, Uji Rashid itu juga berjaya menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Getaran Jiwa.
Perkara itu dedahkan oleh ibunya yang bersyukur dengan keadaan kesihatan anak kesayangannya itu.
Menurutnya, Cico menyampaikan lagu itu dalam program Meet & Greet bersama Uji Rashid pada Sabtu lalu.
“Sebelum ini dia cuba menyanyi dah banyak kali. Dia cuba kat biliknya dan dia kata masih rasa sakit lagi.
“Tapi Sabtu itu datang keyakinan itu. Ramai yang cabar. Saya dah cakap dengan dia, selalu beritahu nak kerja. Kalau tak berani cuba, macam mana?,” katanya.
Uji turut berterima kasih kepada pasangan suami isteri iaitu penyanyi, Royce Saayan dan gitaris Rusty Blade, Md Noor Hendrix.
Katanya, pasangan itu yang menjadi peransang kepada Cico serta membantu dalam pemilihan lagu yang tidak sukar untuknya.
“Alhamdulillah, jika ada tawaran menyanyi untuknya, kenalah berbincang dengan saya dulu,” selorohnya.
Terdahulu, Cico Harahap dikatakan mengalami masalah pertututan, tidak mampu membaca serta menulis selepas diracun kenalannya.
Baca juga: ‘Double park’ tapi tak tinggal nombor telefon, pemandu cuma tayang jaket polis di ‘dashboard’