Petah berkata-kata, pastinya ramai tidak lupa akan insan yang pernah menghiburkan diri di era 90-an.
Pelawak veteran, Sathiya kini jarang muncul di kaca televisyen namun wataknya sebagai Ravi dalam ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’.
Menurut Harian Metro, anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar memaklumkan bapanya mengalami serangan angin ahmar.
Bagaimanapun, Sathiya dikhabarkan sudah stabil dan akan dibawa pulang ke rumah tidak lama lagi.
Pelawak berusia 60 tahun mengadu kebas kaki dan tangan kanan pagi semalam dan mengalami kesukaran untuk mengimbangi badan ketika menikmati sarapan di rumah.
Jelas anaknya, dia kemudiannya membawa Sathiya ke klinik kesihatan berhampiran di Sri Rampai, Setapak untuk pemeriksaan dan didapati mengalami tekanan darah rendah.
“Sebelum ini, bapa pernah diserang angin ahmar, jadi bila mengadu kaki dan tangan kebas, kami sekeluarga panik dan segera membawanya ke klinik kesihatan berhampiran.
“Bila diperiksa, bapa mengalami tekanan darah rendah kesan daripada angin ahmar dan diminta segera dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Sebaik dibawa ke HKL, bapa dimasukkan ke Zon Merah. Tapi, kini keadaan bapa semakin stabil dan dijangka boleh pulang, petang ini,” katanya.
Pada masa sama Vickynesawwry memaklumkan bapanya diberikan antibiotik dan perlu melakukan senaman bagi penyembuhan angin ahmar dialami.
“Ibu memaklumkan, bapa kini sudah stabil apabila doktor memberikan antibiotik bagi merawat kebas pada kaki dan tangan.
“Keadaannya lebih baik berbanding semalam. Mujur bapa tidak terikat dengan komitmen kerja dalam masa terdekat ini,” katanya.
Baca juga: Banyak yang dengki, Aisha Retno dedah ibu bapa ‘pagar’ dirinya sepanjang bertanding