Lama tak berlakon, rupanya Anzalna fokus besarkan anak, dah ‘survey’ sekolah waktu anak masih bayi lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada ibu bapa yang suka merancang masa hadapan anak-anak termasuklah mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Ini adalah disebabkan faktor dan silibus sekolah itu penting dalam tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak termasuklah persekitaran serta rakan sebaya.

Disebabkan itu pelakon Anzalna Nasir dikatakan berhenti seketika dari dunia seni bagi meletakkan fokus buat anaknya lapor Kosmo! Online.

Hal ini dikongsikan suami Anzalna, Hanif Zaki yang mendedahkan isterinya sudah membuat tinjaun beberapa sekolah khas buat anak mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Anzalna memang sangat teliti lebih-lebih lagi fasal pendidikan sebab itu dia pilih untuk tak berlakon.

“Dia nak besarkan anak dahulu tetapi saya bersyukur juga sebab boleh fokus kerja.

“Dia mula buat tinjauan sekolah sejak zaman PKP, ketika itu anak saya masih bayi,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Dalam pada itu Anzalna mengakui tidak kisah sekolah mana untuk dihantar asalkan anaknya selesa belajar di sana.

“Tahun ini Eidress 6 tahun, saya dah ambil berat tentang sekolah mana nak hantar.

“Apa saya buat adalah buat tinjauan antara sekolah antarabangsa dan kerajaan sebab nak tengok perbezaan dan mana lebih sesuai dengan anak.

“Kita pun bekerja untuk masa depan anak, jadi memang nak berikan yang terbaik. Selepas buat tinjauan, mana-mana sekolah okey cuma anak kita kena selesa,” ujarnya.

Baca juga: Terbayang detik cuba selamatkan arwah anak, Zaquan Adha nak jual meja tempat beri CPR