Kecoh di media sosial saat ini apabila laman rasmi agensi kerajaan iaitu Imigresen Malaysia gagal diakses oleh orang ramai.
Difahamkan, laman web itu sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bergelar CaptainSmok3r.
Menurut CaptainSmok3r, pihaknya bertindak mensabotaj laman rasmi berkenaan hanya sekadar untuk ‘suka-suka’.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada penggodam terbabit merupakan rakyat tempatan atau berasal dari luar negara.
Namun, berdasarkan carian di laman web berkenaan, penggodam itu meninggalkan mesej dalam bahasa Parsi.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen Malaysia segera mengeluarkan kenyataan mengenai situasi itu di laman rasmi Facebook.
Katanya, laman web itu sedang diselenggara buat sementara waktu dan orang awam yang mempunyai urusan boleh menghubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO).
“Dimaklumkan bahawa, laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu www.imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.
“Sebarang pertanyaan sila hubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) menerusi https://eapp.imi.gov.my/,” katanya.
Baca juga: Ibu ditikam, anaknya pula ditemui dalam mulut buaya