Lambakan sayur import, petani tanggung rugi RM10,000 sebulan

Oleh MALAYSIADATELINE

Jika dilihat kebanyakan sayuran di pasaran adalah hasil pengeluar luar negara kerana ia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan keluaran negara sendiri.

Disebanka itu maka tak terkejutlah jika hasil pertanian sayuran berdepan kemerosotan serius akibat persaingan yang muncul.

Menurut Kosmo! Online, ramai pekebun bersedia melepaskan ladang masing-masing kerana tidak lagi mampu menampung kerugian bulanan.

Sayuran seperti kobis, kobis bunga, brokoli, tomato, keledek dan buah-buahan dilihat perlu bersaing dengan sayuran yang bawa dari luar negara.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pekebun-Pekebun Sayur-sayuran Cameron Highlands, Lau Weng Soow berkata meluahkan harga sayur tempatan semakin merudum.

“Harga lelong kobis dan sawi kini hanya sekitar 30 hingga 50 sen sekilogram, manakala tomato dijual pada harga RM1.20 sekilogram walaupun kos penanaman mencecah RM2.50 sekilogram.

“Sayur jenis timun Jepun pula hanya dijual pada harga 50 sen sekilogram.

“Bayangkan petani yang memiliki kebun seluas 1.2 hektar kini menanggung kerugian sehingga RM10,000 sebulan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jelasnya, situasi semakin buruk selepas kerajaan memansuhkan subsidi diesel bersasar

Ini memberi tekanan besar kepada pekebun yang bergantung kepada pacuan empat roda serta jentera pertanian diesel untuk urusan harian di kebun.

Dalam masa sama, perintah gaji minimum kepada RM1,700 juga dilihat membebankan pengusaha ladang yang beroperasi secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai aliran tunai mencukupi.

Baca juga: Jangan buat benda halal lalu jalan haram, Ustaz Adnin tak ‘contact’ isteri ketika bertunang