Last’ keluar lagu 4 tahun lepas, Netizen berjaya rakam keadaan terkini Ronnie Hussein lepas lama menghilang

Oleh KIM SYAZIE

Tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja nama Ronnie Hussein pasti ramai yang mengenali penyanyi cukup berbakat dalam industri hiburan tanah air.

Pun begitu, sejak lagu terakhirnya berjudul ‘Tentang Dia’ diterbitkan pada 2020, ramai peminat tertanya-tanya ke mana bekas vokalis Hyper Act itu menghilang ekoran sudah tiada lagi lagu baharu yang dikeluarkannya.

Malah penampilannya di pentas-pentas juga tidak lagi kelihatan.

Terbaru, seorang pengguna TikTok berjaya merakam keadaan terkini pelantun lagu Menanti Janji itu yang dikatakan sedang berniaga di sebuah Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (BBU) di Johor.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein sempat mendendangkan sedikit lagu Hanya Aku oleh Hyper Act kepada pelanggan yang membeli nasi goreng di gerainya.

Baca Artikel Penuh