Lawatan Ketua Biro Kebajikan AWAN disambut mesra rakyat Kelantan

Oleh MALAYSIADATELINE

Lawatan Ketua biro kebajikan, kemanusiaan dan bencana Alam Angkatan Wanita parti Amanah negara (AWAN), Ustazah Mariam Ab. Rashid ke negeri Kelantan baru-baru ini disambut ceria masyarakat tempatan khususnya kalangan wanita.

Ketua AWAN Kelantan, Puan Normala Mohd Nadzar berkata kehadiran Ustazah Mariam telah menambah semangat wanita Kelantan untuk terus bersama membuka era baru dalam politik negara.

“Selain berdialog dengan pimpinan AWAN peringkat negeri dan parlimen, beliau terpaksa menjalani jadual ketat sepanjang dua hari di sini,” katanya.

Difahamkan Ustazah Mariam menghadiri dua ceramah di Kota Bharu dan Tumpat.

“Di Kota Bharu beliau hadir di majlis perasmian cawangan Amanah Paya Rambai manakala di Tumpat beliau turut berceramah di Kota Kubang Labu bersama Datuk Kamarudin Jaafar dan Khalid Samad,” beritahu Normala.

Menurutnya lagi pada hari kedua beliau dibawa berziarah di pelbagai lokasi di Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.