Lawatan PM ke Arab Saudi peluang tingkat kerjasama sedia ada, teroka kerjasama baharu

Oleh MALAYSIADATELINE

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dijangka dapat mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan negara Timur Tengah itu, di samping meneroka kerjasama dua hala yang baharu.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata dalam lawatan tiga hari tersebut, perdana menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi.

“Pertemuan ini akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan, di samping meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh