Layanan luar biasa cikgu disiplin ini kepada pelajar cetus pujian netizen

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang guru disiplin di sebuah sekolah tular di media sosial selepas video memaparkan layanan penuh empati terhadap pelajarnya mencuri perhatian ramai.

Berbeza dengan stereotaip seorang guru disiplin yang garang dan tegas, cikgu ini dilihat menyediakan snek, stokin bersih, dan makanan ringan untuk pelajar yang memerlukan.

Tindakan itu malah mendapat pujian luas daripada netizen memuji pendekatannya yang penuh kasih sayang.

Menerusi satu perkongsian di Threads, cikgu yang dikenali sebagai Mr Ali memuat naik video menyiapkan satu bilik khas penuh dengan kelengkapan diperlukan murid.

Bukan hanya barangan, malah dia juga dilihat sering membakar kek dan memasak makanan untuk dikongsi bersama pelajar.

“Jika ditanya kenapa saya suka ‘bake’ dan pack kecil-kecik untuk makan bersama pelajar saya, jawapannya anak murid adalah sebahagian dari hidup saya.

“Mungkin ada tak tahu yang buat semua ni adalah guru disiplin. Dari awal saya posting sampai sekarang saya memang di bawah hal ehwal murid.

“Semakin lama saya dalam bidang ni semakin saya menyelami perasaan anak-anak. Disiplin tak semestinya kena menengking, kadang ianya menyantuni.

“Jadi saya wujudkan bilik bahasa Inggeris. Ambil masa tiga tahun untuk saya jadikan bilik ni kenyataan,” kongsinya di Threads.

Pernah merasa hidup susah satu ketika dahulu, ini menjadikan insirasi bbuat Mr. Ali untuk menjadikan sekolah satu tempat selamat buat pelajarnya.

“Saya nak murid rasa sekolah ni macam rumah yang selamat untuk mereka. Masa kanak-kanak saya orang hina sebab susah.

“Bila dah besar jadi cikgu saya tak akan bagi anak murid saya rasa apa yang saya rasa dulu. Seorang guru hanya mahukan anak muridnya berjaya dunia akhirat,” tambahnya.

Rata-rata netizen memuji tindakan guru tersebut malah ada yang ingat dia adalah pembuat kek dek kerana sering berkongsi resipi.

Baca juga: Amira Othman terima bunga lagi dari rakan sekerja, sifatkan Fattah Amin ‘the sweetest’