Seorang bekas pengawal peribadi Shah Rukh Khan, berkongsi dalam satu temu bual berapa jumlah bayaran yang diterimanya sebagai pengawal selebriti bollywood berkenaan.
Yaseen Khan telah mengawal keselamatan Shah Rukh Khan selama lebih sedekad.
Dalam temu bual itu, Yassen mendedahkan bahawa dakwaan gajinya adalah sekitar 2 crore rupee (RM 852,584.20) sehingga 2.5 crore rupee (RM 98,887,500.00) setahun adalah keterlaluan.
Menurut Murai.my, dakwaan gaji mencecah berbilion rupee adalah jauh daripada realiti sebenar.
Yaseen mendedahkan bahawa pengawal peribadi biasanya menerima gaji yang tetap. Jika terlibat dalam projek filem, mereka diberikan kontrak tambahan dengan bayaran berasingan bergantung pada perjanjian dengan penerbit.
Apabila mereka tidak mendapat bayaran tambahan untuk sesebuah projek filem, Yaseen mula mencadangkan kepada penerbit agar pengawal peribadi juga menerima yuran projek, seperti ahli kru yang lain.
Sebelum mengambil langkah ini, Yaseen terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Gauri Khan. Selepas mendapat kelulusan, dia mula berbincang dengan penerbit sehingga sistem pembayaran untuk pengawal peribadi perlahan-lahan berubah.
Yaseen juga meragui dakwaan bahawa pengawal peribadi boleh memperoleh gaji antara 8 lakh rupee (RM 34,141.00) hingga 10 lakh rupee (RM 42,676.25) sebulan.
Menurutnya angka itu tidak realistik melainkan terdapat perjanjian khas secara langsung dengan selebriti tersebut. Secara amnya, Yaseen menekankan bahawa gaji pengawal peribadi tidak setinggi yang dilaporkan secara terbuka.
Selepas lebih sedekad menjadi pengawal peribadi Shah Rukh, Yaseen kini menubuhkan syarikat keselamatannya sendiri, YK PROSEC di Mumbai.
Baca juga: MP Jasin mohon maaf kepada Fadhlina, diarah bayar RM15,000