Leka main telefon, ibu tak sedar anak masukkan adik dalam mesin masuh di kedai dobi

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila dia menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak memasukkan adiknya di dalam mesin basuh.

Bertindak dengan cepat, wanita tersebut segera keluar dari kenderaan dan masuk ke kedai dobi bagi memberi amaran kepada ibu kanak-kanak berkenaan.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Azura Sapari itu, ibu tersebut terlalu leka bermain telefon bimbit sementara menunggu kainnya siap.

Katanya, kanak-kanak itu dibiarkan bermain dan menolak bakul dalam dobi itu tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.

Mujur, beberapa minit kemudian anak itu berjaya dikeluarkan setelah pemilik premis mengarahkan  mereka untuk menutup suis mesin melalui panggilan telefon. 

https://www.tiktok.com/@azurasapari618/video/7205076269677989147?_t=8aIpO9I8eLC&_r=1

Selepas kejadian itu, Azura bertindak berkongsi pengalamannya di laman sosial media bagi memberi pengajaran pada ibu bapa lain.

Baca Artikel Penuh