Lelaki beri ‘review’ jujur selepas dua tahun pandu Tesla

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Tesla memberi ulasan jujur mengenai pengalamannya memandu kenderaan elektrik mewah itu selepas dua tahun menggunakannya

Pengguna itu, Izzuddin Yussof, dalam satu perkongsian di Facebook, turut berkongsi tentang kos penyelenggaraan yang ditanggung dalam tempoh dua tahun, kemudahan mendapatkan pengecasan kenderaan, serta jarak perjalanan yang mampu dicapai dengan bateri penuh.

Kami kongsikan tulisan penuh beliau di bawah

Sekadar perkongsian, pengalaman selepas memandu Tesla dua tahun. Aku buat gaya Frequently Asked Questions (FAQ) lah ya

1) Susah tak nak cari pengecas

Senang. Sekarang dah jauh lebih senang daripada dua tahun lepas. Pengecas dah bersepah. Aku pergi sampai ke Perlis pun ada je tempat untuk cas.

Dan lebih seronok semakin banyak charger operator yang tidak bergantung kepada aplikasi. Maksudnya boleh je datang ke pengecas dan sentug kad. Zaman dulu tak ada, semua nak guna aplikasi.

Lepas itu aplikasi selalu bermasalah pula tu (I’m talking to you Gentari, Jom Charge). Lebih menjengkelkan jenis nak ada kredit minimum baru boleh cas (you, ParkEasy).

TNB (Go To-U) sekarang dah bijak, dia orang mula tukar pengecas tanpa perlu aplikasi (ada kat R&R Tapah NB). Paling bijak DC Handal, memang tak ada aplikasi langsung. Kudos.

Kalau mengembara jauh tak perlu risau sebab banyak R&R yang dah ada sekarang ni

2) Biasa cas kat mana?

Dekat rumah. Sekali lagi diingatkan, kalau tak ada pengecas dekat rumah, tak perlulah beli EV. Penah alaminya masa duduk dekat apartment kejap, tak praktikal. Tak bagus untuk kesihatan bateri juga sebab selalu kena cas penuh 100%

3) Mahal tak kos penyelengaraan?

Dah dua tahun guna, mileage dalam 66,000km

Setakat ni aku cuma perlu tukar boot strut je, dia stuck tak boleh buka secara automatik. Tukar OEM je RM200

Selain tu, takde. RM0. Ini kalau kereta biasa dah sekurang-kurangnya 7 kali kena hantar servis.

4) Bateri penuh boleh pergi berapa jauh?

Dalam 505 km. Ni dah jatuh sikit daripada asal. Dulu beli dalam 530km+ . Boleh lah lagi daripada Bangi ke Pulau Pinang tu.

Aku okay sebab aku tak pernah kena memandu sejauh Pulau Pinang masa musim raya ke apa. Jadi musim raya / waktu puncak tu tak ada lah kena berebut pengecas dengan orang lain.

Rasanya kalau kena beratur untuk mengecas pada waktu musim puncak, aku tak nak beli EV haha

5) Dah tu kat kampung nanti cas kat mana? Ada pengecas ke kat kampung?

Aku ada pengecas mudah alih. Asalkan ada je soket elektrik, aku boleh je cas. Semua kampung aku ada soket yang boleh guna untuk cas kereta

Cuma pengecas mudah alih ni perlahan lah. Ada la sejam dapat 3-4% kot. Tapi bila cas semalaman tu banyak lah juga boleh dapat.

6) Kalau melancong?

Dah semakin banyak hotel yang ada tempat mengecas. Dan kalau rumah inap tu boleh la juga guna pengecas mudah alih.

Cuma jujurnya dia jadi tak seronok kalau melancong tapi nak pilih duduk mana tu kena pertimbangkan ada pengecas ke tidak. Tapi kalau dapat hotel ada pengecas tu rasa sangat seronok. Rasa macam melancong percuma.

7) Apa beza Tesla dengan EV lain?

Jujurnya tak tahu. Aku pernah cuba pandu Seal BYD. Sebab memang itu memang antara pilihan masa nak beli EV, cuma masa aku beli dia tak ada lagi

Keseluruhannya, aku lagi suka Tesla. Tapi BYD ni lebih dekat dengan kereta biasa. Kiranya kalau tukar ke BYD, tak adalah perlu lama sangat nak biasakan dengan kereta tu berbanding kalau tukar ke Tesla.

8) Apa yang paling seronom pasal Tesla?

Dua benda kot aku sangat suka. Pertama, software update dia. Dia sentiasa ada periodical update yang jadikan kereta ni ada ciri-ciri yang baru.

Dulu antara benda aku rindu dekat Mazda 6 sebab ada blind spot punya alert, haa sekarang Tesla pun dah kemaskini dan ada fungsi tu.

Ada masa dia tukar UI jadi nampak lebih style. Ramai lah pemilik Tesla tak sabar-sabar nak dapat kemaskini tu haha.

Kedua, mod pandu auto atau auto pilot dia. Pun dah jadi sangat bagus berbanding masa awal aku beli dulu. Aku boleh biar dia on sepanjang jem balik kampung atas lebuh raya.

Dulu ada rasa tak percaya lagi. Tapi sekarang ni aku dah tenang tahap rasa macam orang lain tengah memandu.

9) Apa yang tak seronok pasal Tesla?

Bawa laju tak rasa stabil berbanding Mazda 6 aku dulu. Laju di sini 180kmh ke atas

Dan nak bawak laju sangat sampai 190kmh ke atas pun tak seronok sebab nanti bateri cepat habis

Satu lagi penapis udara dia. Power sangat kot. Tak kisah lah bau busuk atau bau wangi. Semua akan hilang sepenuhnya lepas 2-3 hari. Frust kejap tak boleh nak letak pewangi kereta yang aku suka.

10) Kalau jem waktu raya bateri okay ke?

Ni salah faham paling besar berkaitan EV.

EV lebih jimat bateri kalau bawa perlahan. Jadi masa raya yang jem tu lagi tak makan bateri berbanding jalan kosong tekan sampai 160kmh

11) Betul ke selamat tidur dalam EV?

Aah, selamat. Sangat selamat sebab tak ada sebarang pembakaran / gas yang membahayakan. Sambil boleh cas kereta.

Kalau pergi perkhemahan lupa powerbank pun tak apa. Kereta ada haha. Boleh tinggal telefon untuk cas dalam kereta.

12) Pernah menyesal beli tak?

Tak pernah. Rasanya beli Tesla ni satu keputusan paling terbaik aku buat dalam kehidupan. Ceh sampai macam tu.

Tapi memang aku suka haha. Dah lah penyelenggaraan jauh murah berbanding Mazda 6. Dan aku sangat suka  aku tak perlu fikir nak isi minyak pada hari bekerja. Dulu aku tak suka sebenarnya isi minyak, sekarang dah tak perlu isi langsung ni rasa sangat seronok

13) Tapi daripada isi minyak 5 minit, kenapa nak beli EV yang kena tunggu lama untuk caj?

Aku cuma perlu caj kat luar masa memandu jauh. Tak ada isu mana sebab sambil cas tu pergi tandas, pergi solat, pun dah dapat banyak dah. Kalau makan lagi lah penuh.

Jadi tak ada beza sangat pun. Cuma menjengkelkan bab kena plan sikit. So ye, admittedly long distance sikit annoying. Tapi kita long distance ni kadang-kadang. Tak perlu fikir isi minyak waktu kehidupan harian tu, jauh lebih nikmat haha

14) Bateri kerap tak kena tukar?

Tesla sekarang dah boleh periksa tahal kesihatan bateri sendiri. Dan aku punya bateri pada tahap 89%. Ada pengguna lain yang lama sikit daripada aku, bateri dia 91%

Aku rasa bateri aku affected masa zaman aku duduk apartment kejap dan kena selalu caj 100%.

That being said, memang bateri awal-awal dia degrade cepat, dan lepas tu akan lebih perlahan.

Bateri digalakkan tukar kalau tahap kesihatan bateri dah sampai 70%. Itupun sekadar digalakkan, bukanlah wajib.

Baca juga: Abang ini bentang kain buat pekerja pembersihan solat beralaskan rumput, tuai pujian orang ramai