Lelaki dedah ‘darkside’ jadi rider grab, lelaki pun tak selamat sekarang

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kalau dahulu, berita kaum wanita sering menjadi mangsa gangguan seksual acapkali diwarwarkan oleh media sosial. Kini ternyata gangguan sebegini tidak lagi memilih jantina.

Terbaru, rider makanan yang juga seorang lelaki dikenali sebagai @mifzz57 menceritakan detik seramnya apabila menerima mesej berunsur seksual daripada seorang pelanggan.

Lelaki tersebut berkongsikan tangkap layar mesej dari pelanggannya yang tidak dapat membayar makanan yang dipesan.

Dalam isi mesej yang ditunjuk, pelanggan tersebut menawarkan servis berunsur seksual kepada rider tersebut sebagai ganti kepada makanan yang dipesan.

Dalam lain-lain perkongsian, lelaki tersebut berkongsi mesej dari pelanggan yang lain. Ada yang siap letak nombor bilik untuk suruh rider masuk dalam biliknya.

Ada juga pelanggan yang cuba memancingnya untuk buat sesuatu yang tidak senonoh.Katanya bukan mudah untuk menjadi rider berhadapan dengan ‘ujian’ seperti ini.

Tidak tahan dengan ujian menjadi rider grab, lelaki tersebut nekad berhenti dan bertukar ke aplikasi yang lain pula sebagai rider.

Namun perkara sama juga berulang dengan ujian sama. Video yang dikongsi lelaki ini mendapat lebih jutaan penonton yang memberikan pelbagai komen.

https://www.tiktok.com/@mifzz._/photo/7395803320746511632?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246579117381436929

Rata -rata netizen yang komen beranggapan tdak ramai rider seperti lelaki ini yang tahan godaan seperti ini.

baca: rider