Lamaran yang dibuat tidak perlu terlalu gah sehingga menyebabkan anda tebal muka untuk meminta rakan membiayai kos tersebut.
Seorang lelaki di China menjadi mangsa kecaman warganet selepas meminta rakan membantu untuk bayar lokasi dan kos lamaran.
Rakan baik kepada teman wanita lelaki tersebut meluahkan rasa marah selepas diminta mengeluarkan wang bagi menampung lamarannya lapor South China Morning Post.
Tidak cukup itu, dia juga meminta rakannya untuk membayar 640 yuan (RM414.70) bagi membantu menjayakan majlis melamar kekasihnya itu.
Malah lelaki tersebut tanpa malu sempat mewujudkan kumpulan perbincangan pada aplikasi WeChat.
“Semalam, anda semua telah menjalankan kerja yang sukar. Ini adalah kos KTV (karaoke) malam tadi, mari kita bahagikan bil,” ujarnya dalam mesej perbualan tersebut.
Rakan-rakannya pada mulanya keliru kerana mereka tidak menyangka akan diminta turut membayar kos tersebut.
Tambah rakan baik teman wanita lelaki berkenaan, dia memintanya membantu membuat persiapan untuk majlis itu pada lewat tahun lalu selain turut membantu memilih cincin perkahwinan.
Wanita itu menasihatinya untuk menggunakan dron dan dia membelanjakan hampir 70,000 yuan (RM45,875) untuk menyewa 300 dron.
Baca juga: Cuba nak ambil makanan dari majlis sebelah, lelaki dipuji sebab minta kebenaran