Setiap aplikasi yang dibina pastinya ada kelemahan masing-masing, namun tidak perlu jadi seperti lelaki ini yang menyebabkan kerugian beratus ribu dan tanpa rasa bersalah jual pula barangan tersebut atas talian.
Seorang lelaki dari Singapura telah membuka akaun syarikat palsu di platfrom penghantaran makanan, FoodPanda sebanyak dua kali pada tahun 2020.
Ronny Lee Jia Jie, 25 tahun, mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam sistem perakaunan platform penghantaran makanan tersebut dengan memesan makanan dan barangan bernilai $174,500 (RM563,777) tanpa membayarnya.
Akaun pertama dibuka melalui syarikat bapanya sendiri, di mana dia berpura-pura menjadi pengarah sumber manusia syarikat itu dan mendaftar akaun syarikat di FoodPanda tanpa pengetahuan atau kebenaran bapa.
Ronny Lee menggunakan akaun ini untuk memesan 132 item makanan di platform FoodPanda, dengan jumlah keseluruhan $18,723.70 (RM60492.81).
Apabila gagal buat pembayaran yang dikemukakan oleh Delivery Hero, maka akaun tersebut disekat lapor The Independent News.

Namun tidak serik dalam melakukan penipuan, dia membuka akaun kedua atas nama Mediacorp walaupun dia bukan pekerja syarikat tersebut.
Dari 14 Ogos hingga 3 November 2020, dia menggunakan akaun kedua untuk memesan 365 hidangan, topeng pembedahan berjumlah $155,816.20 (RM503413.32).
Lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara 31 bulan kerana mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam sistem perakaunan platform penghantaran makanan FoodPanda.
Timbalan Pendakwa Raya Jesudevan berkata makanan itu dimakan sendiri oleh Ronny Lee malah dia juga menjual semula topeng itu di platform e-dagang seperti Shopee dan Carousell untuk menjana wang untuk dirinya sendiri.
Setakat ini, Ronny Lee belum membayar jumlah tersebut kepada Delivery Hero.
Baca juga: Pakai BMW nampak lebih kaya, pemandu Myvi trauma pergi reunion