Seorang lelaki menawarkan khidmat penukaran wang duit raya baharu kepada orang ramai.
Lelaki dari wilayah Jawa Timur, Jakarta itu menyediakan kira-kira RM500,000 wang kertas baharu untuk ditukar.
Lapor AFP, rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rama.wildan memaparkan longgokan wang kertas bernominasi 5,000 rupiah (RM2), 10,000 rupiah (RM3) dan 20,000 rupiah (RM6).
Perkara itu menimbulkan kehairanan ramai dari mana wang sebanyak itu dengan mudah diperoleh individu berkenaan walhal setiap bank meletakkan had penukaran duit raya.
Bank Pusat Indonesia sendiri menetapkan had maksimum penukaran wang baharu sebanyak 4.3 juta rupiah (RM1,149) setiap orang.
Lebih membuatkan ramai sangsi, perkhidmatan tukar duit baharu oleh lelaki berkenaan dibuat di hadapan Hotel Adam, daerah Bangil.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana dia boleh dapat duit sebanyak itu walaupun bank tetapkan had?” kata seorang netizen.
Baca juga: Kereta digores angkara tak puas hati parkir ‘dicop’ diambil, pemilik cari individu ini