Lelaki meluru masuk masjid serang penceramah agama dengan pisau, botol arak

Oleh KIM SYAZIE

Seorang penceramah agama berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, semalam.

Dalam kejadian jam 7.55 malam, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai menyerang penceramah berkenaan yang sedang memberikan kuliah agama selepas solat maghrib.

Gambar sekadar hiasan

Menurut maklumat dari Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, lelaki tersebut dikatakan sedang mabuk sebelum masuk ke surau dan meluru ke arah penceramah terbabit.

Lelaki tersebut bagaimanapun telah ditahan bersama-sama senjata yang digunakan untuk menyerang iaitu dua pisau dan botol arak.

Polis turut mengesahkan mangsa tidak mengenali suspek dan suspek juga tiada motif lain dan hanya menyerang kerana berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan serta hilang kawalan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Baca juga: Cara suami ini hiburkan isteri, ala-ala Ariel Noah tengah ‘perform’ di pentas

Baca juga: Kanak-kanak 10 tahun raih pujian, pandai simpan duit RM5 sehari untuk belikan ibu cincin emas