Lelaki upload gambar siap perli sebab pasangan lain berbual dalam bahasa Inggeris dekat kedai makan, sekali tuan badan ‘reply’

Oleh MAISARAH AISYA

Trend mengambil gambar orang lain dan dimuat naik ke sosial media dengan niat memburukkan perlu dihentikan dengan segera.

Orang ramai dilihat tidak sensitif dalam mengkritik seseorang dengan memuat naik status mengenai orang awam yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Tidak cukup itu, selamba pula menegur padahal bila berhadapan hanya pandai melihat sahaja, tiada kata keluar dari mulut.

Tindakan pengguna Facebook memuat naik gambar pasangan lain dan memerli mereka kerana berbahasa Inggeris dikecam ramai kerana dilihat tidak menghormati privasi.

Tangkap layar hantaran lelaki tersebut.

Disebabkan itu, wanita dalam gambar tampil memperjelas isu sebenar, rupanya kedua mereka adalah guru bahasa Inggeris dan perlu melatih percakapan mereka untuk anak didik.

“Perbualan kami suami-isteri tentang konflik politik-sejarah dunia, kesan climate change dan kepentingan setiap individu untuk mempunyai ilmu telah dikecam oleh seorang pelanggan di restoran kegemaran kami.

“Bukan setakat ambil gambar, siap dengan kata-kata kasar bersifat sinis dan herdikan. Fitnah dihambur tanpa rasa bersalah di ruang komen oleh yang langsung tak mengenali kami.
Ya, kami berbahasa inggeris kerana saya dan suami guru bahasa Inggeris. Penting kemahiran berbahasa inggeris kami sentiasa asahkan untuk mengajar anak-anak didik.

“Kami suami-isteri memang suka bercerita tentang perkara ilmiah kerana kami pendokong ilmu pengetahuan untuk disebarkan kepada anak didik. Kami suka membaca dan meneroka ilmu pengetahuan.

“Maaflah kalau kuat sangat perbualan kami, sebab restoran pun tepi jalan, bunyi tukang masak memasak lagi, banyak faktor. Tetapi restoran bukan perpustakaan kan?,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Malah wanita tersebut turut memaklumkan sudah berkahwin dengan pasangan lebih enam tahun dan menjelaskan bahawa tidak salah kerana hanya berpegang tangan.

“Tak usah saya ulas kenapa saya ‘sweet’ sangat dengan suami walaupun sudah 6 tahun bernikah, bukan urusan saudara.

“Mashaa Allah, Alhamdulillah atas pahala lebih yang saudara ingin beri kepada saya atas fitnah ini. Banyak lagi komen yang menyakitkan hati, tetapi saya tak paparkan disini lah ya,” tambahnya.

Lepas ini nak makan dekat tempat awam pun dah tak selamat, entah siapa akan muat naik gambar kita tengah bergembira.

Baca juga: Datuk Seri Vida pula dedah kenapa dah tak nak taja Gegar Vaganza, “dah faham kan kenapa saya merentan dulu”