Lelaki temui ajal tak sempat mengelak lembu sedang tidur atas jalan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki temui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang sedang tidur di atas jalan raya di Jalan Felda Aring 6, Gua Musang hari ini.

Siasatan awal mendapati, mangsa, Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi, 22, yang juga seorang pekerja ladang itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Felda Aring 4 pada pukul 5 pagi.

Bagaimanapun mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar seekor lembu yang tidur di atas jalan, maklum Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo.

Mangsa dilapor terjatuh sebelum disahkan maut, manakala lembu itu pula mengalami patah kaki.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Felda Aring 1 di sini terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Lembu itu pula patah kakinya selepas dirempuh motosikal ditunggang Mohammad Shahrul Hakimi.

Baca Artikel Penuh