Lelaki terkejut bil hospital cuma RM17 padahal isteri ‘warded’ 4 hari, syukur ‘healthcare’ di Malaysia masih murah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki terkejut mengetahui bil perubatan isterinya selama 4 hari 3 malam di sebuah hospital kerajaan, hanyalah berjumlah RM17.

Difahamkan, perkongsian itu pernah tular tahun lalu, namun sejak semalam ia kembali dikongsi warga maya di Facebook sehingga mendapat perhatian Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian lelaki dikenali Amirul Hanafi, dia memberitahu bahawa pada awalnya dia sudah pun mengeluarkan wang tunai sebanyak RM400 untuk membayar bil hospital isterinya.

Namun terkejut apabila bil akhir yang tertera hanyalah berjumlah RM17.

“Isteri aku ‘warded’ 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, Mac lalu (2022). Sebelum aku ambil dia dekat ward, isteri pesan untuk bayar bil rawatan dan kos wad dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.

“Sekali kena bayar RM17 aje. Aku macam “lah?…” “seriuslah?”. 4 hari 3 malam kot. Aku dah siap sedia dengan kad debit kalau tak cukup, boleh bayar secara atas talian,” kongsinya.

Dia lantas bertanya kepada isterinya, bagaimana layanan kakitangan hospital sepanjang 4 hari dimasukkan ke wad.

Kami kongsikan lanjutan kisah ini di bawah..

Aku tanya Liya isteri; Makanan macam mana?. Dia kata “Kerap bang. 5 kali sehari..”.

Makanan standard orang sakit ke? Aku tanya. “Tadi makan ayam kurma..”

Uih, bukan kaleng-kaleng.. aku tak puas hati (tanya lagi) “Nurse jaga macam mana?”

“Tiap jam datang jenguk, nak pastikan kerap minum dan check urine..”

Aku pun tanya isteri. Cuba teka berapa abang bayar bil sayang.

RM300 ada? Dia jawab. “17 ringgit aje” aku kata.

Dia pun terkejut. Aku masih tak puas hati, esok hari aku masuk pejabat aku tanya kawan pejabat “kau selalu pergi hantar anak/bini masuk wad kan? Berapa caj?”

“Bergantung. Kadang tak sampai 10 ringgit..”. Peh.

Aku mulai dari saat tu, memang aku respect habislah dengan sistem penjagaan kesihatan (healthcare) kita.

Sebelum ini memanglah pernah pergi Klinik Kesihatan dan bayar RM1 tiap kali pergi. Tu aku kira memang murah. Tapi ni masuk wad, 4 hari 3 malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.

Memang betul lah, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis dia orang lama, tapi berbaloilah dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.

Baca juga: Dipandang hina kerana bekerja di stesen minyak, gadis ini siap dicop ‘tak pandai’