Lelaki warga emas kantoi khalwat, bagi alasan penat sambut tahun baru

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki warga emas kantoi berkhalwat di hotel bersama seorang tukang urut warga Thailand ketika serbuan awal tahun baru yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Lelaki berusia 60 tahun itu memberi alasan kepada penguatkuasa bahawa mereka keletihan meraikan sambutan Tahun Baharu 2025 dan terpaksa menginap di hotel berikutan sudah lewat malam untuk pulang ke rumah.

Ketika disoal siasat, lelaki yang sudah berkahwin itu memberitahu dia berkenalan dengan wanita berkenaan yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urut di Bandaraya Melaka.

Dia juga mengaku keluar berdua dengan wanita berusia 42 tahun itu untuk menyambut tahun baru.

“Hasil pemeriksaan di sebuah bilik hotel di pusat bandar Melaka, kita menahan lelaki warga emas kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita Thailand yang bukan beragama Islam.

“Ketika disoal siasat dia mengaku keluar berdua untuk menyambut tahun baru dan menonton pertunjukan bunga api dan kemudian menginap bersama di hotel sebab penat dan waktu sudah lewat malam untuk pulang ke rumah masing-masing,” kata Exco Melaka, Datuk Rahmad Mariman dalam satu kenyataan semalam.

Lelaki berkenaan antara 14 individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu 2025.

Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Baca juga: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal tergamak tinggal anak sendiri di rumah kebajikan