Lemak sup melekat di pinggan? Jangan panik, ikut je langkah ni, barulah tak membazir air!

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang nak cuci lemak-lemak di sup bila melekat di pinggan atau periuk, kena guna tenaga dan air yang banyak.

Kalau tak cuci betul mesti rasa pinggan tu masih berminyak dan kalau keras lagi susah nak basuh.

Ikuti tips perkongsian portal My Resipi.

Teknik cuci pinggan daripada sup berlemak

Bahan-bahan:

  • Tepung Gandum
  • Air Panas
  • Sabun Pencuci Pinggan
  • Span Basuh

Langkah-langkah:

1. Bersihkan pinggan mangkuk daripada sisa sup.

  • Pastikan bersihkan segala sisa-sisa sup seperti tulan atau rempah yang ada menggunakan air panas dan sabun pencuci.

2. Taburkan tepung gandum ke atas kawasan yang melekat lemak.

  • Selepas membasuh pinggan mangkuk, taburkan tepung gandum secara meluas ke atas kawasan yang masih melekat lemak.
  • Pastikan tepung gandum ditabur secara merata dan mencukupi untuk menutup keseluruhan permukaan periuk.

3. Biarkan tepung gandum bertindak selama beberapa minit.

  • Biarkan tepung gandum bertindak selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Semasa proses ini, tepung gandum akan menyerap lemak yang melekat pada pinggan mangkuk.

4. Gosok dan bilas hingga bersih.

  • Selepas tempoh penyerapan, gunakan span pinggan mangkuk untuk menggosok kawasan yang diletakkan tepung gandum dengan perlahan-lahan.
  • Gosok dengan lembut tetapi konsisten untuk memastikan lemak yang terperangkap di dalam tepung gandum terangkat dengan sempurna.
  • Selepas itu, bilas pinggan mangkuk dengan air bersih untuk menghilangkan sisa-sisa tepung gandum dan lemak yang telah dikeluarkan.

5. Boleh ulang balik langkah

  • Jika rasa masih tak bersih, boleh ulang semula langkah di atas kemudian keringkan dengan baik sebelum menyimpan.

Selepas ini tak perlu susah sental guna separuh botol sabun pencuci lagi dah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Bekas pengarah kantoi guna wang syarikat bagi bonus RM200k untuk diri sendiri