Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona kembali mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas meluahkan keinginannya untuk mengecilkan bahagian payudaranya dengan menjalani pembedahan.
Difahamkan, hasrat untuk menjalani pembedahan itu bukanlah didorong oleh kepentingan dari segi kecantikan sebaliknya gadis berusia 23 tahun terbabit mahu menjaga kesihatan dan kesejahteraan dirinya.
Hal ini kerana saiz payudara Leona dikatakan terlalu besar sehingga menyebabkan gadis itu sering merasa kesakitan di bahagian belakang badan dan tubuhnya juga kelihatan lebih berisi daripada bentuk sebenar.
Jelas anak kepada pelakon iaitu Azhar Sulaiman itu, saiz payudara yang kelihatan tidak seimbang dengan badan membuatkan bentuk tubuhnya tampak lebih gemuk lalu menjejaskan keyakinan diri.
Perkara itu didedahkan oleh Leona menerusi satu sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya baru-baru ini selepas menerima banyak komen negatif mengenai bentuk badannya terutama di bahagian dada.
“Saya terfikir untuk menjalani pembedahan mengecilkan payudara dan saya serius dengan keinginan itu. Saya juga tidak mahu sakit belakang lagi. Selepas itu selalu kena pakai baju bersaiz besar, macam mana nak cakap ya?
“Pinggang dan bahagian badan saya ini bersaiz S (kecil). Walaupun badan kecil, tetapi bahagian payudara masih kelihatan besar seperti tidak sesuai dengan badan saya. Jadi saya marah dengan diri sendiri.
“Saya tidak gemuk tetapi nampak seperti berisi sebabkan keadaan payudara,” katanya yang tidak rasa selesa apabila perlu memakai baju dengan saiz lebih besar supaya tidak kelihatan ketat di bahagian tertentu.
Lebih mengeruhkan keadaan, Leona juga mengakui turut menjadi mangsa buli siber terutamanya melibatkan kaum lelaki yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah di akaun media sosialnya.
Pempengaruh yang melanjutkan pengajiannya di United Kingdom itu tidak menafikan bahawa komen sedemikian memberikan tekanan kepada dirinya sehinggakan Leona yakin untuk menjalani pembedahan.
Menurut Leona, terdapat juga individu yang sanggup menyamar dengan menggunakan identiti dan gambar orang lain semata-mata untuk meninggalkan komen tidak senonoh terhadap tubuh badannya.
Baca juga: Kek harga RM2k tapi tak boleh makan? Madammu akhirnya buka mulut!