“Lepas kahwin aku ingat boleh hidup senang, rupanya beban bertambah, dapat pula suami jenis tak guna”

Oleh MAISARAH AISYA

Seorang wanita tidak menyangka, impian indahnya untuk meraih bahagia selepas mendirikan rumah tangga hancur musnah angkara suami sendiri.

Tidak hanya gagal menunaikan tanggungjawab membayar nafkah, suaminya juga adalah seorang lelaki yang pemarah dan gemar melakukan perkara dilarang agama.

Keadaan semakin memburuk apabila wanita dikenali sebagai Mia itu terpaksa menanggung hutang suami selepas lelaki itu menggunakan namanya bagi membuat pinjaman.

Bimbang sekiranya dirinya diapa-apakan jika meminta cerai, berikut perkongsian Mia yang terpaksa memendam derita demi menjaga aib dan maruah keluarganya.

“Saya nak meluah betapa tertekannya hidup ini sepanjang mendirikan rumah tangga. Suami saya tak solat, tak puasa, berjudi dan minum arak.

“Dia juga gemar selerakkan rumah, enggan jaga anak, suka berhutang, pemarah, pentingkan diri dan tak tunaikan nafkah buat isteri serta anak. Saya sangat tertekan.

Baca Artikel Penuh