Lepas kes Marissa ‘sondol’ laki orang, netizen petik pula nama Leona, puji Azhar Sulaiman lebih pandai jaga anak

Oleh KIM SYAZIE

Anak pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi hangat diperkatakan selepas Marissa Dania Hakim pada semalam membuat pengakuan terbuka mengenai isu tular berkenaannya.

Gadis berusia 18 tahun itu mengakui melakukan kekhilafan yang dikaitkan dengan isu ‘menyondol’ suami orang, namun berkata, ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar.

Susulan isu panas tersebut, netizen mula memetik nama anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang dikenali dengan penampilannya yang seksi.

Mereka membandingkan perangai Leona dengan Marissa, selain memuji Azhar, mengatakan sekurang-kurangnya pelakon itu lebih baik dalam menjaga anak.

“Better lagi perangai Leona dari Marissa ni. At least Leona macam itu pun aku rasa dia mesti pandai jaga diri. Yang macam ni maleh aku nak nilai,” ciap pengguna laman X @NikitaNikAziz.

Ciapan itu kemudian menarik perhatian Azhar yang kemudian meninggalkan komen bahawa dia masih bernasib baik kerana Allah tidak menguji keluarganya dengan isu yang lebih besar.

“Salam semua. Saya bukan lebih pandai tapi bernasib baik lagi sebab Allah tak uji dengN isu yang lebih besar. Saya sentiasa hidup dalam suspen sekarang ini,” komennya yang kemudian mengundang komen jenaka pengguna X.

Leona juga dilihat tidak ketinggalan menciap semula hantaran Nikita itu.

Baca juga: Ini rupanya cara sebenar buat ‘pasta carbonara’, baru tahu tak perlu guna susu full cream, tepung jagung