Lepas rindu guna Google Maps, lelaki lihat mendiang nenek di komputer setiap kali Tahun Baru Cina

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki warganegara Singapura menggunakan kemudahan teknologi aplikasi Google Maps untuk ‘melawat’ neneknya yang sudah meninggal dunia.

Lelaki yang menggunakan nama @retroridersg di laman aplikasi TikTok itu berkongsi bagaimana dia mengubati perasaan rindu kepada neneknya itu menerusi video.

Menerusi rakaman berdurasi 14 saat itu, lelaki tersebut membuka aplikasi Google Maps dan menetapkan carian kepada alamat 840 Hougang Central, Singapore.

@retroridersg

Every Chinese new year whenever I miss my late grandma, I would come to google map and she will be there. miss you grandma. #fyp #foryoupage #coldplayyellow #cny2023 #grandma

♬ original sound – Lariexxx – Lariexxx

Dia kemudian klik kepada imej Februari 2009 sebelum membesarkan (zoom in) satu gambar yang menunjukkan dua orang wanita sedang menunggu untuk melintas jalan.

Menurutnya, wanita tua berbaju ungu yang sedang memegang beberapa plastik barangan runcit itu merupakan mendiang neneknya yang sudah meninggal dua tahun lalu.

Baca Artikel Penuh