Seronok sat. Hari ini secara rasminya berkuatkuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yang menghalang seseorang yang menang pilihan raya di atas suatu parti berpindah ke parti lain.
Ramai yang bersorak gembira khususnya yang berusaha ke arah itu sehingga terpaksa menandatangan sokongan kepada kerajaan yang tidak diiktiraf sendiri.
Sekurang-kurangnya ia permulaan yang baik untuk mengembalikan kepercayaan pengundi kepada sistem demokrasi yang dimusnahkan pihak yang tiada jati diri dan tidak berintegriti.
Walaupun begitu, kita juga perlu ingat dan faham bahawa akta ini hanya menghalang individu bukannya parti.
Jika parti membuat keputusan untuk tidak menyokong kumpulan yang mereka sertai, ahli parti tidak tertakluk dengan akta ini.
Dengan kata lain lompat parti atau khianat masih boleh berlaku secara berjemaah bukan berseorang.
Contohnya jika Pas bersama Bersatu dan Gerakan di dalam Perikatan Nasional mengambil keputusan keluar PN menyokong BN, wakil Pas tidak dianggap keluar parti walau pun tindakan Pas itu menjejaskan PN.
Saja bagi contoh Pas sebab kebarangkalian Pas untuk bertindak demikian amatlah tinggi. Nak bagi contoh parti lain pun boleh tapi takut sentap pulak…
Seronok sat ja..
Baca juga: Video ini tunjuk layanan ‘dua darjat’ rakyat Malaysia kepada Mat Saleh vs warga Nepal
Baca juga: Kerana sejarah Palestin dan Malaysia tak jauh beza, Mat Kilau ditayang di Gaza buat pertama kali